Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Zed Zaidi Bengang Mesyuarat Haram Guna Nama Seniman

$
0
0

Memetik laporan mStar Online hari ini, pelakon veteran  Abu Bakar Omar dikatakan akan meneruskan niatnya untuk mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada Ahad ini.

Dalam pada itu, Presiden Seniman, Zed Zaidi malahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap tindakan Abu Bakar itu.

“Kalau saya datang mesyuarat di FINAS esok (Ahad), maknanya saya mengiktiraf mesyuarat tu.

“Dia nak buat mesyuarat, lepas itu menggunakan nama Seniman, sedangkan dia bukanlah AJK Seniman yang sah,” jelas Zed Zaidi.

Tambah Zed, jika mesyuarat pada Ahad ini dilaksanakan, maka ia merupakan mesyuarat yang haram.

“Dia yang menghalang mesyuarat agung. Lepas tu nak buat mesyuarat sendiri.

“Mesyuarat agung lah platform yang sesuai untuk kita berbincang semua perkara,” kesal Zed.

Pada masa yang sama, Zed menyifatkan tindakan Abu Bakar tersebut adalah bersifat peribadi apabila ada diantara kalangan ahli Seniman yang mempersoalkan mesyuarat itu.

“Ada ahli yang tanya saya, siapa yang buat mesyuarat ni? Betul ke ada mesyuarat?

“Ahli tanya saya sebab dia nak buat mesyuarat sendiri-sendiri, tapi menggunakan nama Seniman,” ujar Zed.

Salain itu, Zed menyifatkan tindakan Abu Bakar itu hanyalah retorik dan ingin mendapatkan perhatian media massa semata.

Pada 31 Mei lalu, Abu Bakar bersama rakan artis iaitu Sahlan Sudiran, Mior Ahmad Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani dan Roslinda Buang berjaya memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang AGM persatuan itu.

Justeru, Zed kekal dengan prinsipnya bahawa dia tetap tidak akan hadir mesyuarat tersebut.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997