Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Jangan Terkejut Ikan Pun Ada Yang Mabuk Laut!h

$
0
0

Apakah ikan juga mengalami mabuk laut? Seorang pakar Zoologi dari Stutgart, Dr Reinhold Hilbig yang mengkaji kesan keadaan berkurangnya berat di dalam air menemui hasil yang mengejutkan. Kajian itu sebahagian daripada penyelidikan bagaimana manusia terpengaruh dalam ruangan.

Dalam kajian berkenaan, 49 ekor ikan diletakkan dalam akuarium mini dan kemudian dihantar dengan pesawat ke angkasa. Pesawat itu mewujudkan simulasi kepada keadaan hilang graviti yang akan dialami angkasawan bila berada di angakasa.

Hasilnya, lapan ekor daripada ikan-ikan berkenaan mulai berputar tanpa orientasi yang jelas.

Mereka berenang membentuk lingkaran. “Mereka telah kehilangan keseimbangan, berperilaku seperti manusia yang mengalami mabuk laut,” ujar Hilbig.

“Ikan-ikan itu kehilangan orientasi, mereka benar-benar bingung dan terlihat seolah-olah hendak muntah,” tambahnya.

Di alam liar, ikan ‘mabuk laut’ seperti itu boleh menjadi mangsa ikan lain kerana mereka tak mampu menyelamatkan diri dari bahaya, katanya.

Kelapan-lapan ikan ‘mabuk laut’ itu pun kemudian dipisahkan dan diperiksa otaknya untuk melihat penyebab kepada’sakit’ mereka.

“Sepertinya kehilangan kenalan dengan pergerakan air dan getaran berperanan besar dalam menentu diorientasi mereka.” ujarnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997