Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Tesco Promosi Arak Sempena Ramadhan 2013?

$
0
0

Belum pun bermula bulan Ramadhan Al-Mubarak lagi, sudah ada pihak yang mula bermain-main dengan sensitiviti umat Islam terutamanya berkaitan iklan produk ini yang dijual murah sempena promosi musim perayaan ini.

Kalau sebelum ini sebuah pasaraya dikecam hebat seluruh negara kerana mengeluarkan katalog iklan arak sebagai promosi pada bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri.

Kali ini ada cubaan sama tetapi seakan menggunakan nama sebuah pasaraya besar untuk diburuk-burukkan sesetengah pihak tertentu.

Kami mengesan adanya katalog menggunakan nama pasaraya besar Tesco dengan iklan bulan Ramadhan dengan tema Bulan Mulia Tawaran Berganda dengan terteranya iklan menjual arak jenama Guiness dengan harga murah.

Bagaimanapun, selepas disiasat dari laman web Tesco Malaysia sendiri, katalog iklan berkenaan tidak memaparkan iklan arak sebaliknya produk ubat gigi.

Apakah tujuan pihak tertentu itu mengubah iklan sedemikian sehingga memaparkan penjualan arak? Adakah ini bertujuan untuk menjatuhkan imej Tesco di mata masyarakat.

Bagaimana pula dengan sensitiviti umat Islam yang pastinya marah bila iklan sebegini disebarkan kepada orang ramai.

Kami berharap janganlah pihak tertentu mengambil kesempatan dengan melakukan perkara-perkara sebegini kerana ianya hanya akan mengeruhkan keadaan serta keharmonian hidup dalam negara yang aman damai ini.

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia tidak lama lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997