Terengganu bangkit dari ketinggalan satu gol untuk muncul juara Piala FA 2011 selepas menewaskan jiran Pantai Timur, Kelantan 2-1 dalam aksi dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Kelantan hampir meranapkan impian Terengganu apabila jaringan menarik Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 diranapkan oleh gol penyamaan hasil jaringan sendiri Mohd Daudsu pada minit akhir perlawanan sebenar untuk membawa perlawanan ke masa tambahan.
Nordian Alias muncul wira skuad Peteh apabila membolosi gawang Kelantan pada babak awal separuh kedua masa tambahan untuk memastikan Terengganu muncul juara Piala FA 2011. [LIHAT VIDEO]
Tambah manis buat pasukan Terengganu apabila kapten pasukan, Marzuki Yusof diumum Pemain Terbaik perlawanan akhir Piala FA 2011.