Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, dan empat lagi diperintahkan membayar ganti rugi RM100,000 kepada FELDA selepas didapati memfitnah konglomerat itu.
Kenyataan fitnah itu adalah berhubung dakwaan FELDA menjual minyak sawit mentah kepada Israel.
Hakim Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan saman FELDA terhadap semua defendan.
Beliau turut memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM30,000 kepada FELDA.