Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Rabu ini, seperti yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.
Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu turut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.