Manchester City berjaya menewaskan Fulham awal pagi tadi sekaligus berjaya mempertahankan rekod 100% kemenangan di laman sendiri untuk terus menjarakkan diri dengan 3 mata di puncak Liga Perdana Inggeris. Keputusan penuh: Manchester City 3-0 Fulham.
Sergio Aguero memecah kebuntuan hasil daripada tendangan penalti selepas Adam Johnson dijatuhkan di dalam kotak penalti seterusnya gol sendiri Chris Baird menyaksikan Fulham ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama.
Edin Dzeko kemudiannya menjadikan kedudukan 3-0 selepas menyempurnakan hantaran cantik dari Sergio Aguero untuk memastikan kemenangan ke 12 di Stadium Etihad. Peluang terbaik Fulham untuk menjaringkan gol hadir apabila cubaan Bryan Ruiz sekadar menggegar palang gol.
Video Highlights Manchester City VS Fulham 4 Februari 2012