Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Sinopsis Masihkah Ada Cinta – Slot Samarinda TV3

$
0
0

Drama Masihkah Ada Cinta akan menggantikan drama Anugerah Terindah di Slot Samarinda TV3 mulai 8 Mei 2014. Antara pelakon yang membintangi drama Masihkah Ada Cinta ialah Amar Asyraf, Nabila Huda, Fouziah Gous, Shah Iskandar, Elizad Sharifuddin, Dato’ Jalaluddin Hassan, dan Fadilah Mansor. Jangan lupa untuk menyaksikan drama Masihkah Ada Cinta setiap Rabu hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

Sinopsis Drama Masihkah Ada Cinta TV3

Kisah bermula apabila Azril (Shah Iskandar) meninggalkan Tina (Nabila Huda) tanpa sempat menamatkan pengajian dan sebab yang nyata. Mujur ada rakan-rakan yang banyak memberikan semangat untuk Tina meneruskan pengajian sehingga berjaya menjadi seorang doktor. Azril merupakan lelaki dan cinta pertamanya. Sukar untuk Tina melupakan memori indah sewaktu bersama. Walaupun telah bertahun berlalu tapi parut luka masih terasa membuatkan Tina berhati-hati dalam memilih pasangan. Cintanya kini hanyalah pada kerjaya setelah kehilangan Azril dan kedua ibubapanya akibat kemalangan.

Iman (Amar Asyraf) seorang doktor muda yang bertugas di Taiping, Perak, tempat kelahirannya. Ramai yang meminatinya terutama rakan sekerja tapi Iman lebih senang fokus pada kerjaya dan keluarganya buat masa kini. Semenjak kematian ayahnya, Dato’ Imran, dia menjadi ketua keluarga menjaga ibunya, Datin Maimon dan kakak kesayangannya, Leen (Elizad Sharifuddin), yang tidak berapa sihat sejak kemalangan. Leen memerlukan lebih perhatian kerana menghadapi tekanan perasaan akibat kecacatan.

Datin Maimon sendiri sudah kering air mata melihat penderitaan Leen yang adakalanya mengamuk dan suka bercakap bukan-bukan kesan dari pembedahan mengeluarkan darah beku dalam kepalanya. Mujur suaminya begitu tabah menjaga dan melayan kerenah Leen bila ada kelapangan. Dia akan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Taiping menguruskan perniagaan keluarga. Anak tunggal mereka, Dhia, terpaksa diuruskan oleh Datin Maimon bersama Iman.

Liya (Fouziah Gous) merupakan sepupu kepada Iman. Mereka amat rapat semenjak kecil sehinggakan Pak Long berharap sangat mereka dapat disatukan apabila dewasa kelak. Iman sebenarnya tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap Liya. Sikap Liya agak sosial dan sombong apabila menetap di kota. Hingga kini, Liya masih memendam perasaan pada Iman dan berharap impiannya untuk berkahwin dengan Iman menjadi kenyataan. Pak Long telah banyak berkorban untuk keluarga Datin Maimon semenjak adiknya itu kematian suami. Liya telah pulang ke kampung dengan alasan ingin menjaga rumah pusaka yang telah lama ditinggalkan dan jemu hidup di kota.

Liya ingin mencari Iman setelah hatinya terluka dengan beberapa lelaki bandar. Dia ingin ingin menyambung ikatan mereka yang terputus apabila masing-masing melanjutkan pelajaran. Untuk mengeratkan hubungannya dengan Iman, Liya telah memaksa ayahnya untuk membuka pusat taska.

Tina mendapat sepucuk surat menyatakan dia akan ditukarkan ke Taiping, Perak. Selama ini dia hanya mengetahui tentang keindahan Taiping hanya melalui Iman yang ditemui ketika berkursus beberapa bulan lalu anjuran Jabatan Kesihatan. Tina berharap Iman akan membantunya di sana nanti. Iman amat senang bersama Tina kerana mereka boleh berbincang apa saja dari soal kerjaya sehinggalah kehidupan, ini boleh meredakan tekanan yang dihadapi terutamanya soal kakaknya, Leen dan Liya yang amat merimaskan hidupnya.

Setelah sekian lama Iman berusaha memenangi hati Tina, akhirnya Tina bersedia menerima Iman. Iman telah melamar Tina ketika mereka sama-sama berada di puncak Bukit Larut. Iman banyak mengembalikan kegembiraan dalam hidupnya. Liya kecewa, dia pura-pura sakit apabila mendapat tahu Iman akan bertunang dalam masa terdekat ini. Iman telah membawa Tina bertemu dengan keluarganya. Leen gembira akhirnya Iman telah bertemu dengan seorang gadis yang mampu membuka pintu hatinya. Selama ini masanya banyak dihabiskan dengan kerja dan keluarga tanpa menghiraukan masa depan. Tina merasa sebak apabila Leen mintanya berjanji supaya tidak melukakan hati Iman. Leen juga berharap Tina dapat menjaga Dhia sekiranya terjadi apa-apa pada dirinya.

Liya telah menelefon ayahnya kerana tidak puas hati layanan Iman padanya semenjak kedatangan Tina. Pak Long pergi ke rumah Datin Maimon untuk menuntut janji sebelum ini iaitu bercadang untuk menyatukan Iman dan Liya apabila sampai masanya. Sekiranya terjadi apa-apa pada Liya, Pak Long tidak akan melepaskan Iman begitu saja. Dia sudah banyak berkorban untuk Iman. Apakah yang bakal berlaku selanjutnya?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997