Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

MB Sedang Hitung Hari, Ahmad Said Menghadap Sultan

$
0
0

Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kini sedang menghitung hari untuk diturunkan daripada jawatan menteri besar.

Ahmad berkata, beliau menyampaikan mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik sahaja tuanku pulang dari luar negara untuk meminta (perkenan) pertukaran menteri besar.

“Jangan sampai tuanku isytihar bubar Dun, (kalau terjadi macam itu) habis lah. Keadaan sekarang Umno kritikal, kalau (dilakukan) pilihan raya habislah (Umno berisiko kalah), jangan main-main.

“Jangan salahkan saya, saya telah beri ruang yang cukup, saya sayangkan Terengganu…apa yang dia (Ahmad Razif) buat semua saya tahu. Tunggu masa saya akan dedahkan, saya akan dedahkan perkara yang besar-besar yang pada saya ia merugikan kerajaan negeri dan rakyat,” katanya menyentuh mengenai sebab beliau menggesa pertukaran menteri besar.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Kemaman Kali Ke-36, di Resorts World Kijal, di sini, semalam.

Bekas menteri besar itu mendakwa, Ahmad Razif juga merupakan salah seorang dalang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sebagai menteri besar sebelum ini.

“Saya ‘gentleman’, saya buat depan orang ramai (cadang usul undi tidak percaya)…marah dalam dewan, yang dia buat (pada) saya? Saya tak nak cerita lagi tapi saya cerita sikit, dia (beliau) yang terlibat menjatuhkan saya.

“Tapi ingat, Insya-ALLAH dengan kehendak ALLAH SWT, saya rasa menteri besar sekarang sedang menghitung hari. Apa yang jadi halangan sekarang kepada saya adalah Umno, kalau saya tak fikir Umno, hari itu (masa letak jawatan sebagai menteri besar) saya dah keluar kerajaan. Sebab itu (sayangkan Umno) saya (masih) tunggu,” katanya.

Menurutnya, kerana sayangkan parti, beliau tidak menghadap sultan untuk meminta pembubaran Dun dilakukan sebelum meletak jawatan sebagai menteri besar, dua tahun lalu.

“Kalau saya jahat tak sayangkan parti, dalam kedudukan 17 kerusi BN dan 15 pembangkang (dalam Dun Terengganu), saya cuma perlu menghadap tuanku dan beritahu bahawa 10 orang (Adun BN) sudah tandatangan surat letak jawatan dan minta Dun dibubarkan.

“Kalau bubar Dun dalam keadaan sekarang ini iaitu dengan kes 1MDB dan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kita (BN) boleh kalah. Saya sayang (khuatir) yang itu saja, takut DAP perintah, kalau Pas, PKR tak apa lagi. Sekarang DAP yang berkuasa,” katanya.

Pada Persidangan Dun pada 8 Mac lalu, Ahmad yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar namun cadangan itu ditolak Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong.

The post MB Sedang Hitung Hari, Ahmad Said Menghadap Sultan appeared first on WOWBERITA.ORG.


(7 Gambar) Serpihan Kabin Dipercayai Milik MH370 Ditemui Di Mauritius

$
0
0

Serpihan pesawat dipercayai milik MH370 yang hilang lebih dua tahun lalu di Lautan Hindi, ditemui di sebuah pulau di Mauritius, Timur Afrika.

Agensi berita CNN dalam laporannya memaklumkan, serpihan pesawat itu ditemui oleh sepasang kekasih, Jean Dominique dan Suzy Vitry ketika bersiar-siar di pantai Pulau Rodrigues.

Pasangan berkenaan yang berasal dari Pulau Reunion, lokasi penemuan flaperon MH370 Julai tahun lalu, kemudian menyerahkan serpihan tersebut kepada pengurusan Hotel Mourok Ebony untuk disimpan, sebelum memaklumkan penemuan itu kepada pihak berkuasa.

Dan O’Malley, jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) memberitahu pihaknya sudah dimaklumkan mengenai penemuan itu dan menjangkakan siasatan seterusnya akan diketuai pihak berkuasa Malaysia.

Sementara itu, pakar bebas MH370 Don Thompson dalam Twitternya memaklumkan serpihan pesawat yang ditemui menyerupai dinding kabin kelas perniagaan dari pesawat jenis MAS Boeing 777.

Thompson bagaimanapun menegaskan kemasan hiasan pada bahagian tersebut, tidak terhad kepada seksyen kabin kelas perniagaan daripada B777 dan berkemungkinan juga boleh menyerupai dinding dari kelas ekonomi.

Serpihan itu sekiranya terbukti dari pesawat MH370, adalah penemuan signifikan kerana ia adalah bahagian dalaman pertama ditemui, dan membolehkan lebih banyak keterangan diperoleh bagaimana pesawat itu berakhir di lautan.

Sehingga kini, sebanyak enam serpihan pesawat ditemukan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pesawat itu kemudiannya diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi dengan usaha pencarian di kawasan seluas 120,000 kolimeter persegi dijangka selesai Jun ini.

Penemuan terbaru melibatkan dua serpihan yang dijumpai di Mozambique Mac lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataannya memaklumkan ia berkemungkinan besar milik pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana kedua-dua bahagian itu konsisten dengan komponen pesawat Boeing 777.

Pengesahan dibuat hasil analisis teknikal pasukan Geosains Australia dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) selepas pemeriksaan ke atas serpihan itu.

The post (7 Gambar) Serpihan Kabin Dipercayai Milik MH370 Ditemui Di Mauritius appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Pelanggan ‘Merusuh’ Rebut Giliran Beli Tudung Fareeda Terbaharu

$
0
0

Hanya untuk mendapatkan nombor giliran untuk membeli tudung, ratusan pelanggan sanggup bersesak bahkan berhimpit dan tolak-menolak sambil menjerit antara satu sama lain.

Begitulah situasi yang dipapar dalam video Facebook yang dimuat naik oleh pelakon Fizo Omar yang juga merupakan suami kepada Mawar Fareeda, pengusaha tudung jenama Fareeda.

Video berdurasi 16 saat itu memaparkan pelanggan yang bersesak untuk mendapatkan nombor giliran bagi pembelian koleksi baharu tudung Fareeda, Sweet Love.

Admin tak tahu nak cakap apa…lelaki dan perempuan sanggup bersesak2 dan berebut semata-mata nak beli sehelai tudung. Erm, inilah realiti rakyat Malaysia yg sebenar.

Posted by Wowberita (Official) on Saturday, April 2, 2016

Kebanyakan netizen mempertikaikan teknik promosi ini kerana menyebabkan pelanggan bersesak merebut nombor giliran.

Beberapa netizen turut berhujah bahawa situasi begini begitu ironik memandangkan Fareeda menjual tudung yang menjadi unsur pematuhan agama namun para pelanggan berhimpit tanpa mengenal jantina untuk mendapatkannya.

The post (Video) Pelanggan ‘Merusuh’ Rebut Giliran Beli Tudung Fareeda Terbaharu appeared first on WOWBERITA.ORG.

Wanita Berjaya Selamatkan Diri Selepas Cengkam Buah Zakar Pencabul

$
0
0

Seorang wanita berusia 21 tahun berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa cabul dengan menyerang pencabulnya pada anggota badan paling strategik – kemaluannya.

Menurut The Independent, lelaki berusia 31 tahun, Kum Keng Fa mengekori wanita berkenaan dalam perjalanan pulang ke apartmen sehingga ke dalam lif.

Dia kemudiannya memperkenalkan diri sebagai Ken dan berbual dengan wanita tersebut, kononnya dia juga tinggal di blok yang sama.

Secara tiba-tiba, setelah yakin hanya mereka berdua sahaja di dalam lif itu, Keng Fa terus meraba payudara wanita berkenaan. Mereka juga bergelut dan kedua-duanya jatuh ke lantai.

Walaupun cuba dihimpit Keng Fa, wanita tersebut sempat mencengkam buah zakar penyerangnya. Lelaki itu yang tidak tahan menanggung kesakitan terus melarikan diri.

Lebih malang, telefon bimbit lelaki tersebut tertinggal di dalam lif yang akhirnya digunakan oleh pihak polis sebagai bukti untuk menahannya.

Lelaki tersebut berjaya ditangkap pihak polis dan telah dijatuhkan hukuman penjara 27 bulan dan tiga kali sebatan atas kesalahan mencabul.

The post Wanita Berjaya Selamatkan Diri Selepas Cengkam Buah Zakar Pencabul appeared first on WOWBERITA.ORG.

Model Maut Terjun Bangunan, Elak Diri Dirogol

$
0
0

Seorang model maut selepas nekad terjun dalam keadaan bogel dari sebuah pangsapuri bagi mengelak daripada dirogol dalam satu kejadian di sini baru-baru ini.

Kejadian berlaku selepas Gulay Bursali, 20, dan teman lelaki­nya, Engin O dilaporkan baru pulang selepas keluar berhibur bersama beberapa orang rakan sebelum ejen yang menyewakan rumah itu bersama seorang rakannya tiba-tiba muncul.

Suspek membuat helah untuk mengambil sesuatu barang untuk masuk ke pangsapuri tersebut sebelum memukul Engin, merampas telefon bimbitnya dan me­ngurungnya di dalam salah sebuah bilik.

Kedua-dua lelaki itu kemudian mengunci mangsa di dalam sebuah bilik berasingan dan menanggalkan pakaiannya sebelum mengugut untuk merogolnya.

“Saya ada mendengar orang meminta tolong dan kemudian saya melihat seorang gadis berbogel di tingkap pangsapuri itu, dia menjerit ‘jangan tarik saya ma­suk, jika tidak saya akan terjun’.

“Orang di dalam pangsapuri itu menjerit menyuruhnya masuk semula dan mengatakan mereka akan menelefon polis. Mangsa tidak mengendahkan mereka, dia membuat ugutan sama dua kali lagi sambil me­minta tolong,” kata seorang saksi kepada stesen te­levisyen tempatan.

Saksi itu memaklumkan, dia tidak mencelah kerana khuatir mangsa akan terjatuh jika terkejut tetapi ketika dia sedang menelefon polis, wanita tersebut sudah terjun dan mati di tempat kejadian.

Engin kemudian dibebaskan dari dalam pangsapuri tersebut oleh pasukan polis, manakala ejen perumahan dan rakannya itu masih diburu pihak berkuasa.

The post Model Maut Terjun Bangunan, Elak Diri Dirogol appeared first on WOWBERITA.ORG.

Wira Tragedi Highland Towers Maut Dalam Nahas

$
0
0

Salah seorang anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat semasa tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993, maut dalam nahas jalan raya awal pagi Ahad.

Pegawai Bomba Kanan 1, Yogaraja Nadaraja dilaporkan maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam nahas jalan raya di persimpangan lampu isyarat Kinrara-Puchong menghala ke Taman Sri Manja, Petaling Jaya.

Menurut jurucakap bomba, laporan awal mendapati nahas yang membabitkan motosikal yang ditunggang mangsa terbabas dan melanggar pembahagi jalan kira-kira jam 2 pagi tadi.

“Dukacita dimakumkan Yogaraja yang bertugas di unit Pengesan K-9 dan pernah berkhidmat di Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya.

“Mayat mendiang kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Upacara pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Mendiang merupakan antara individu yang terlibat dalam operasi menyelamat dua warga Indonesia, Umi Rasyidah Khoiruman, 44 dan anaknya Nur Hamidah Nadjib, 24 tahun, semasa kejadian 23 tahun lalu.

29 Mac lalu, Yogaraja dan beberapa anggota pasukan penyelamat yang terlibat dalam tragedi itu, muncul di televisyen dalam sesi temuramah khas dengan Nur Hamidah.

The post Wira Tragedi Highland Towers Maut Dalam Nahas appeared first on WOWBERITA.ORG.

Ditipu Agensi, Hajat Ibu Bapa Firman AF2014 Tunai Umrah Tak Tercapai

$
0
0

Juara Akademi Fantasia 2014 Firman Bansir kecewa apabila niat untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan umrah tidak tercapai akibat ditipu oleh wakil agensi syarikat terbabit.

Menurut Firman, seramai 55 jemaah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam semalam (Jumaat) dan laporan polis telah pun dibuat di balai polis KLIA.

“Jemaah dijadualkan berlepas pada jam 8.45 malam dan sudah pasti kami ingin masuk awal untuk memudahkan keadaan.

“Tapi hal sebaliknya yang berlaku apabila kami diberitahu nama kesemua jemaah tidak berdaftar di dalam sistem. Mulai dari saat itu kami sedar yang kami telah ditipu oleh pihak berkenaan.

“Apabila kami bertanya kepada ‘runner’ yang ada bersama kami dia mula gelabah dan memberikan pelbagai alasan antaranya berkenaan dengan visa kami.

“Selepas tu, ketua rombongan kami terus mengambil tindakan dengan membuat laporan polis berhubung kes berkenaan.

“Kemudian kami mendapat tahu memang benar bahawa ‘runner’ dan wakil agensi berkenaan didapati bersubahat. Wakil agensi itu merupakan seorang wanita yang sedang mengandung dan kami semua tidak sangka dia sanggup melakukan perkara tersebut.

“Secara keseluruhan, kerugian yang dialami oleh 55 orang jemaah adalah sebanyak RM270,000,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak pada Sabtu.

Ketika ditanya mengenai foto yang dimuatnaik di akaun Instagramnya berkenaan isu tersebut, Firman memberitahu ada segelintir pengikut Instagram yang mula naik angin dan menuduhnya sengaja ingin memburukkan nama syarikat berkenaan.

“Ya, saya ada muatnaik beberapa foto di IG kerana saya tidak mahu ada pihak lain yang terkena seperti saya tapi tak sangka sampai ada pula yang menuduh saya sengaja nak burukkan nama syarikat tersebut.

“Tidak terlintas langsung difikiran untuk burukkan sesiapa tapi memang benar wakil itu sendiri yang memberitahu kami bahawa dia adalah agen syarikat berkenaan.

“Sekiranya perkara itu tidak benar, maknanya dia menggunakan nama syarikat itu demi kepentingannya sendiri untuk menyeleweng duit jemaah umrah.

“Saya ada saksi dan ketua rombongan kami juga membuat laporan dengan menggunakan nama syarikat yang sama. Selain saya dan keluarga, Nubhan (AF6) juga ada bersama jemaah ketika kejadian berlaku.

“Tergamak wakil tersebut menipu berpuluh-puluh jemaah yang kebanyakan terdiri daripada orang tua. Kesian lihat mereka duduk menunggu dengan lama di KLIA dengan wajah sedih,” jelasnya.

Dalam pada itu, Firman juga memberitahu kes tersebut sudah hampir selesai dan wakil agesi umrah itu juga telah pun ditangkap oleh pihak polis pada Sabtu pagi.

Untuk rekod, Firman dan keluarga sepatutnya berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah pada hari yang sama jam 8.45 malam.

The post Ditipu Agensi, Hajat Ibu Bapa Firman AF2014 Tunai Umrah Tak Tercapai appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Keretapi Rempuh Bas Ekspres, 3 Maut 30 Cedera

$
0
0

Tiga maut manakala 30 lagi cedera selepas sebuah keretapi melanggar sebuah bas dua tingkat dalam kejadian yang berlaku di daerah Nakhon Chaisi pada Ahad.

Dalam nahas yang berlaku pada jam 7.30 pagi, bas yang dinaiki oleh pelancong sedang itu sedang menuju ke Koh Samet di Rayong.

Laporan dari Bangkok Post menyatakan, pemandu bas terbabit maut di tempat kejadian manakala dua lagi maut di hospital.

Polis sedang menyiasat kejadian.

คลิปวิดีโอช่วง 07:30 เหตุรถไฟสายน้ำตกชนรถบัสท่องเที่ยวขณะค้างอยู่บนราง ที่ทางเข้าวัดงิ้วราย อ.นครชัยศรี จ.นครปฐม มีผู้เสียชีวิต และบาดเจ็บจำนวนมาก #JS100 http://goo.gl/hoc9w8(คลิปจาก: ศิวัฒน์E20WTD )

Posted by JS100 Radio on Saturday, 2 April 2016

The post (Video) Keretapi Rempuh Bas Ekspres, 3 Maut 30 Cedera appeared first on WOWBERITA.ORG.


Wanita Kaut RM5,000 Sebulan Jual 200 Botol Susu Badan

$
0
0

Kebolehan menghasilkan susu badan yang banyak membuatkan ibu beranak empat mengaut ribuan ringgit sebulan dengan menjualnya kepada pihak memerlukan.

Ros, bukan nama sebenar, mengakui kerana kesempitan wang menyebabkannya menjual susu badan walaupun sedar perbuatan itu mampu merosakkan hubungan kekeluargaan dalam Islam.

“Saya mampu memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan menerusi penjualan susu badan kepada pelanggan yang tidak putus-putus meminta bekalan berkenaan setiap hari.

“Saya puas hati dengan pulangan yang diperoleh kerana saya tidak perlu bekerja keras di pejabat sebelum ini. Saya dapat jaga anak di rumah sambil pam susu badan untuk dihantar kepada pelanggan pada waktu petang.

“Sekarang saya ada lebih lapan anak susuan sejak tiga tahun lalu, itu tidak termasuk pelanggan yang membeli sekali-sekala kerana ada ibu yang tidak sihat dan gagal menyusukan anak mereka,” katanya seperti dilapor Harian Metro hari ini.

Wanita itu berkata susu badan dijual dengan harga RM30 hingga RM50 bagi setiap 145ml, bergantung sama ada disediakan dalam botol atau plastik.

Katanya, susu badan yang banyak mampu dihasilkan melalui pemakanan tradisional selain mengamalkan urutan badan.

“Penjualan setiap bulan pasti mencecah 200 botol berikutan ada ibu yang gemar membeli secara pukal untuk bekalan seminggu,” dia dilaporkan berkata.

Mengulas perkara yang sama, seorang pendakwah bebas berkata perbuatan itu halal di sisi agama tetapi tidak berakhlak.

“Mengupah ibu susuan itu lebih baik berbanding jual beli (susu yang dipam) biarpun risiko sama perlu ditanggung iaitu hubungan terlarang antara adik beradik susuan yang tidak disedari pada masa depan,” kata Ahmad Dusuki Abd Rani kepada Harian Metro.

“Perkara ini perlu diberi perhatian oleh ibu bapa yang mengupah ibu susuan kerana kita tidak mahu wujud masalah yang lebih serius sehingga merosakkan keturunan.”

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ros berkata pelanggan cenderung tidak berhubung kembali dengannya selepas anak mereka sudah tidak lagi mendapatkan susu badannya.

Sementara itu seorang perunding penyusuan ibu Siti Nur Suraya Mohamed Ali berkata susu badan yang tercemar boleh menyebabkan bayi dijangkiti penyakit.

The post Wanita Kaut RM5,000 Sebulan Jual 200 Botol Susu Badan appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Mat Salleh’ Ini Jadi Viral Kerana Berbahasa Melayu Di Instagram

$
0
0

Mungkin kerana sudah jatuh cinta dengan Malaysia, seorang Mat Salleh memuat naik gambar-gambarnya di Instagram dengan Bahasa Melayu.

Kerana keunikan itu, akaun Instagram Rhys William kini menjadi viral di laman Twitter.

Apa yang lebih menarik, Rhys dilihat menulis kapsyen-kapsyen di Instagramnya dengan bahasa Melayu yang sempoi seperti “Mohon jangan kecam”, “jangan cakap aku poyo” dan juga mengunakan hashtag seperti #ciaciacia.

Di profil instagramnya Rhys menulis “Cuma seorang ‘mat salleh’ jalan-jalan di Malaysia”.

Apa yang pasti, kapsyen-kapsyen dari Rhys agak mencuit hati apabila dibaca.

First time guna instagram ni mohon jgn kecam haha

A photo posted by Rhys William (@si_rhys) on

Ni kira banyak ke? haha #makan #lunch #shahalam #nasicampur #tamak

A photo posted by Rhys William (@si_rhys) on

Jangan cakap aku poyo #skytrexadventure #takgayat #skytrex #poyo

A photo posted by Rhys William (@si_rhys) on

Rasa aman kat sini.. #masjid #masjidnegara #aman #peaceful

A photo posted by Rhys William (@si_rhys) on

Selain Instagram, Rhys juga mempunyai akaun Facebook yang mana turut dimuatkan dengan gambar-gambar dan juga video dia di Malaysia.

Maaf kalau video tak jelas sangat. Saya cuba buat video ni untuk promosikan blog post baru saya pasal tempat2 untuk melawat di London, England.Boleh baca blog post tu di sini http://www.matsallehcarimakan.com/jalan-jalan/5-tempat-tempat-wajib-untuk-melawat-dekat-london-england/ Sebenarnya masa saya buat video ni saya ada di tempat tourist sibuk sangat dan ramai orang dekat saya, sebab itu saya rasa malu sikit hehe

Posted by Rhys William on Tuesday, 12 January 2016

The post ‘Mat Salleh’ Ini Jadi Viral Kerana Berbahasa Melayu Di Instagram appeared first on WOWBERITA.ORG.

Kanak-kanak Nigeria Kebulur Di Tepi Jalan Kini Semakin Sihat

$
0
0

Rasanya seluruh dunia pernah melihat foto seorang kanak-kanak lelaki berbangsa Afrika dalam keadaan kurus kering sedang diberi secawan air oleh seorang wanita Inggeris.

Gambar itu menjadi viral dan mencetuskan rasa simpati masyarakat dunia dengan nasib si kecil itu.

Namun, nasib kanak-kanak yang berasal dari Nigeria itu kini sudah berubah dan keadaannya juga sudah semakin baik.

Wanita berhati mulia itu, Anja Loven ialah seorang pekerja kebajikan dari Denmark menyelamatkan kanak-kanak itu yang dinamakan Hope pada 31 Januari lalu.

Ketika ditemui Loven, Hope dilaporkan sudah lapan bulan berlapar.

Lapan minggu selepas diselamatkan, Hope semakin sihat dan nampak semakin ceria menjalani kehidupan.

Hypospadias is an inborn condition in which one has an incomplete developed urethra. Urethral meatus opens incorrectly…

Posted by DINNødhjælp – deres overlevelse on Saturday, 26 March 2016

Dalam status yang dimuat naik Loven ke laman Facebook, Hope disahkan menghidap penyakit hypospadias, sejenis masalah dalam kalangan lelaki di mana pembukaan uretra berada di bahagian bawah zakar.

Dia dilaporkan akan menjalani rawatan sebaik sahaja wang cukup berjaya dikumpulkan, melalui tabung yang dilancarkan Loven.

Hope kini ditempatkan di pusat perlindungan Yayasan Bantuan Kanak-Kanak Afrika di Risskov, Denmark, yang ditubuhkan oleh Loven kira-kira tiga tahun lalu.

The post Kanak-kanak Nigeria Kebulur Di Tepi Jalan Kini Semakin Sihat appeared first on WOWBERITA.ORG.

Wakil Rakyat Tergamam Lantai Rumah Warga Emas Roboh Ketika Serah Bantuan

$
0
0

Ahli parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad tergamam apabila rumah yang dikunjunginya semalam roboh dan beberapa sukarelawan jatuh ke tanah.

Kejadian itu berlaku semasa majlis penyerahan bantuan sempena Kembara Kebajikan 1Malaysia (KK1M) kepada pemilik rumah berkenaan Rahmah Darlan, 74.

“Ketika kejadian, saya baru hendak menyerahkan bantuan dan sumbangan kepada Rahmah.

“Namun mungkin kerana ramai tetamu yang mahu menyaksikan penyerahan berkenaan menyebabkan lantai rumahnya tidak dapat menampung jumlah orang yang ramai.

“Tiba-tiba sahaja bunyi seakan kayu patah disusuli lantai rumah Rahmah rebah ke tanah menyebabkan kebanyakan tetamu mengelongsor ke bawah rumah,” kata Noraini seperti dilaporkan Berita Harian.

Bekas ketua puteri Umno berkata walaupun ramai yang menggelongsor ke tanah namun beliau masih sempat memeluk Rahmah bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

Katanya, kejadian berlaku selepas sukarelawan KK1M selesai bergotong-royong membersihkan kawasan rumah Rahmah.

Kejadian awal pagi di Kampung Parit Haji Khalid, Sri Medan menyebabkan beberapa sukarelawan jatuh terduduk di atas lantai, selain ada yang terhantuk papan rumah.

Tiada kecederaan dilaporkan dan sumbangan kepada Rahmah tetap diteruskan di halaman rumahnya.

The post Wakil Rakyat Tergamam Lantai Rumah Warga Emas Roboh Ketika Serah Bantuan appeared first on WOWBERITA.ORG.

Wardina Safiyyah Hentam Mawar Fareeda!

$
0
0

Berikutan viral video orang ramai berhimpit untuk mengambil nombor giliran, bagi membeli tudung di sebuah butik tudung terkemuka negara, Wardina Safiyyah tampil memberi teguran kepada pemilik butik yang terbabit.

Wardina menerusi laman Facebooknya memberi teguran supaya pemilik butik berkenaan tidak merendahkan dan melayan pembeli seperti kambing atau lembu.

“Bismillah. (Baru tengok video viral satu butik tudung) Saya mengharapkan pemilik butik tudung…. janganlah merendahkan dan melayan pembeli anda seperti kambing atau lembu. Manusia selayaknya dilayan seperti manusia. “, tulis beliau.

Selain itu, Wardina juga menasihatkan agar pemilik lebih peka dan menggunakan alternatif untuk memudahkan pembeli, sekiranya tahu ada jualan gergasi dan sebagainya.

“Kalau dah tahu akan ada sale gergasi dan sebagainya.. maka guna lah sistem nombor giliran, daftar online, gunalah emel, text dan bermacam-macam sistem lagi zaman serba canggih ni. Tak pun letak lah staff banyak sikit kawal keadaan. Tidaklah ada apa yang perlu anda banggakan apabila ramai pembeli menjerit dan berhimpit di hadapan kedai anda.”, kata Wardina.

Wardina juga menyifatkan kejadian yang berlaku itu amat memalukan dan sekali lagi menegur pemilik butik berkenaan supaya lebih menghormati pelanggan mereka.

“Ianya amat amat amat amat memalukan. Nak buktikan apa? Tudung anda hebat? Dengan melayan dan membiarkan mereka sebegitu?

“Tak ada hebatnya butik yang membiarkan manusia merendahkan taraf diri mereka sebegitu rupa. Layan pelanggan anda dengan maruah dan respek… sekurang-kurangnya berikan mereka satu barisan untuk beratur. “, tulis Wardina.

The post Wardina Safiyyah Hentam Mawar Fareeda! appeared first on WOWBERITA.ORG.

Pelancong Merungut, Harga Makanan Di Pulau Pangkor ‘Cekik Darah’

$
0
0

“Makan kat kedai tepi jalan tapi harga macam kat hotel lima bintang! Kerajaan Negeri Perak perlu pantau peniaga kedai makanan lautdi Pulau Pangkor yang cekik darah pelancong.”

Itu mesej yang diterima daripada pembaca Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp kerana tidak berpuas hati harga makanan laut yang disifatkan bukan sahaja mahal, malah keterlaluan.

Sinar Harian kemudiannya, menghubungi pembaca tersebut untuk mengetahui dengan lebih jelas isu itu.

Pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Zali berkata, beliau tidak puas hati kerana dikenakan harga yang mahal ketika makan di Teluk Nipah, di Pulau Pangkor, baru-baru ini.

“Harga makanan laut di pulau itu sepatutnya tidak mahal. Banyak hasil laut boleh diperoleh daripada nelayan di sekitar pulau itu.

“Kalau nak letak harga pun janganlah melampau sampai menekan pelanggan,” katanya.

Lagi satu hal kata Abang Zali, lain hari lain pula harga makanan di Teluk Nipah itu.

Katanya, harga makanan melambung pada Jumaat hingga Ahad kerana pulau itu dikunjungi pelancong luar.

The post Pelancong Merungut, Harga Makanan Di Pulau Pangkor ‘Cekik Darah’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

Doktor ‘Tanam’ Tangan Pesakit Dalam Perut

$
0
0

Memang pelik namun inilah yang berlaku. Doktor di selatan Brazil menggunakan kaedah kreatif untuk menyelamatkan tangan seorang lelaki selepas kulit tangannnya terkoyak dengan memasukkan tangan tersebut ke dalam perut mangsa.

Laporan Dailymail UK mengatakan, tangan yang cedera tersebut akan ‘ditanam’ di celah tisu lembut perut selama enam minggu untuk mengelakkan jangkitan kuman dan proses reput.

Kulit tangan mangsa, Carlos Mariotti, 41, terkoyak sehingga menampakkan tulang dan tendon ketika sedang mengendalikan sebuah mesin.

“Tanpa prosedur ini, tangan Carlos pasti akan mereput dan jangkitan kuman pasti akan berlaku,” kata pakar bedah hospital Santa Otilia, Boris Brandao.

Bahagian perut Carlos kemudian dibalut bersama-sama tangan yang dimasukkan untuk meyembuhkan luka pembedahan.

“Rasa pelik sedikit kerana saya boleh gerakkan jari-jari saya di dalam perut,” kata Carlos sambil mengetap bibir.

Dalam kemalangan di tempat kerjanya, Carlos kehilangan dua jarinya.

“Sekurang-kurangnya jari saya yang lain masih OK dan saya masih boleh memegang stereng kenderaan untuk pergi kerja,” kata Calors sambil tersenyum.

The post Doktor ‘Tanam’ Tangan Pesakit Dalam Perut appeared first on WOWBERITA.ORG.


Wang Hantaran RM16,000 Dikebas Bakal Pengantin Perempuan

$
0
0

Hari pernikahan yang dinanti- nantikan seorang posmen untuk disatukan bersama kekasih hatinya dengan hantaran RM19,000, semalam menjadi hari paling mengecewakan dalam hidupnya apabila impian mendirikan rumah tangga punah.

Bakal pengantin itu terkejut apabila kediaman bakal pengantin perempuan tidak berpenghuni dan bakal isterinya tidak dapat dihubungi sedangkan tarikh berkenaan merupakan tarikh mereka disatukan dan dinikahkan di rumah tersebut sebagaimana diputuskan sebelum ini.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, rombongan pengantin lelaki juga terpaksa menanggung malu dan rasa tertipu susulan telah menyerahkan wang hantaran RM16,000 sebelum hari pernikahan.

Lebih mengecewakan, tarikh 2 April dipilih sebagai hari bahagia lelaki itu berikutan tarikh berkenaan merupakan ulang tahun kelahirannya, namun perkara tidak diingini berlaku.

Difahamkan, walaupun perbincangan majlis akad nikah dan perkahwinan belah pihak pengantin perempuan telah ditetapkan sebelum ini dan kad jemputan telah dibuat, namun jiran berdekatan tidak mengetahui hal tersebut dan tidak mendapat jemputan.

Menurut sumber, bakal pengantin lelaki berusia 26 tahun itu telah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pekerja kedai telefon di salah sebuah kedai di Pulau Sebang pada pertengahan 2014.

“Mengikut perjanjian semasa majlis pertunangan, mereka sepakat menunggu tempoh dua tahun bagi memberi peluang kepada bakal pengantin lelaki mengumpul wang hantaran RM19,000.

“Bakal pengantin lelaki yang hanya bekerja sebagai posmen di Kuala Lumpur itu berjaya mengumpulkan wang hantaran dengan hasil titik peluh bekerja sebagai posmen dengan gaji RM900 sebulan serta bantuan kewangan daripada adik-beradiknya yang lain,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sumber berkata, bakal pengantin lelaki telah menyerahkan wang hantaran RM13,000 kepada keluarga pengantin perempuan yang tinggal kira- kira 3 kilometer dari kediaman keluarganya pada pertengahan November lalu dan pada awal Mac lalu, mangsa menyerahkan wang sebanyak RM3,000 lagi.

Kata sumber, baki sebanyak RM3,000 lagi bakal diserahkan lelaki itu kepada bakal isterinya itu di hari mereka disatukan dengan ikatan akad nikah yang sepatutnya berlaku semalam.

Bakal pengantin lelaki difahamkan turut mengalami kerugian lebih RM30,000 berikutan sudah membuat pelbagai persediaan di majlis perkahwinan rumah pengantin perempuan termasuk pelamin, baju pengantin dan jurukamera.

Menurut sumber, mangsa bakal mengambil tindakan saman malu berhubung insiden berkenaan kerana bakal pengantin melarikan diri di hari perkahwinan termasuk mengedarkan kad jemputan perkahwinan bagi pihak keluarga lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan reaksi dari pihak bakal pengantin perempuan semalam tidak berjaya.

Kes melibatkan pasangan pengantin merupakan kes kedua berlaku dalam dua minggu ini. Sebelum ini hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya tidak kesampaian selepas dia ditumbuk ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, gara- gara tidak menyediakan wang hantaran RM15,000 yang mencukupi.

The post Wang Hantaran RM16,000 Dikebas Bakal Pengantin Perempuan appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Luluh Hati Saya Ketika Mandikan Jenazah Hannah Sufiyyah’

$
0
0

“Luluh hati saya ketika mandikan jenazah cucu. Tak sangka begini cara kematiannya.”

Demikian luahan Mohd. Yusoff Abdullah, 51, yang tidak dapat menyembunyikan kesedihan kerana kematian cucunya, Hannah Sufiyyah Muhammad Adib berusia setahun tujuh bulan dipercayai akibat dihempas ke lantai di Blok B, Apartmen Teratai, Putra Perdana, Puchong, Khamis lalu.

Mohd. Yusoff berkata, cucunya merupakan seorang yang cerdas serta ceria, justeru dia dan isterinya tidak dapat menerima cara kematiannya namun tetap reda dan sedia memaafkan perbuatan tersebut.

“Ketika memandikan jenazah di hospital, saya menangis apabila terbayang kesakitan yang dihadapi oleh cucu sebelum kehilangan nyawa. Sehingga kini jika teringat, pasti mengalir air mata,” katanya ketika ditemui di Saujana Utama dekat sini hari ini.

Ibu mangsa yang berusia 27 tahun ditahan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, kira-kira pukul 8 malam kelmarin ketika dia membawa jenazah bayinya untuk dikebumikan di kampungnya di Alor Setar, Kedah.

Bayi malang itu disahkan meninggal dunia pada pukul 2 petang Kha­mis lalu oleh Hospital Putraja­ya dan mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan dera yang menyebabkan mangsa meninggal dunia seperti pendarahan di kepala dan badan akibat dipukul dengan ben­da tumpul.

Susulan itu, suspek dan teman lelakinya yang berasal dari Marang, Terengganu turut ditahan reman selama tujuh hari semalam bagi membantu siasatan.

Mohd. Yusoff menambah, menantunya itu yang juga seorang kakitangan imigresen di Putrajaya sebelum ini duduk bersama ketiga-tiga cucu di rumahnya di Saujana Utama namun telah berpindah pada 29 Januari lalu.

“Anak saya ketika itu sedang mengikuti latihan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Pahang dan isterinya telah keluar berpindah serta membawa mangsa dan anak sulungnya, Hannah Sumaiyyah Muhammad Adib untuk tinggal bersama di Puchong.

“Menantu menyatakan alasannya berpindah kerana ingin dekat dengan tempat kerja dan telah menye­rahkan anak kedua, Mohammed Muaz Mu­hammad Adib, 2, kepada keluarganya di Alor Setar. Saya telah menyatakan kepadanya untuk menjaga cucu namun dia tetap membawa mereka bersama,” katanya.

Jelas Mohd. Yusoff, selepas menantunya telah berpindah, cubaan untuk menghubungi ibu kepada tiga anak itu gagal.

“Kali terakhir kami berhubung adalah ketika dia baru berpindah, dia ada memaklumkan telah mendapat pengasuh untuk menjaga anak-anaknya,” katanya.

Mohd. Yusoff berkata, dia yang mesra dipanggil Tok Ayah oleh kesemuanya cucunya itu berasa kehilangan yang amat besar kerana sebelum ini cucunya itu membesar di hadapan matanya.

“Sebelum ini, jika menantu pergi kerja awal, saya yang akan menghantar Hannah Sufiyyah ke pusat asuhan kanak-kanak dan keletahnya pasti akan dirindui,” katanya.

The post ‘Luluh Hati Saya Ketika Mandikan Jenazah Hannah Sufiyyah’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

TMJ Jawab 8 Komen Negatif Di Media Sosial Dengan Jawapan ‘Menarik’

$
0
0

Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim memberikan jawapan kepada lapan komen negatif yang dilemparkan kepada beliau dan juga pasukan bola sepak Johor di Facebook Johor Southern Tiger.

Jawapan tersebut ditulis menerusi satu posting yang bertajuk “8 jawapan menarik dari DYAM TMJ apabila pasukan media kami memaklumkan kepadanya mengenai komen-komen negatif mengenai baginda atau JDT di media sosial.”

Antara soalan-soalan yang dijawab TMJ termasuklah JDT membeli pengadil, JDT menang sebab kaya, dan juga TMJ suka menunjuk harta.

Ikuti jawapan penuh dari TMJ.

1. JDT tidak dapat melahirkan pemain berbakat, jadi mereka hanya tahu membeli pemain dari pasukan lain.

Jawapan TMJ: Benar. Maka teruskan melahirkan pemain berbakat sebab saya mahu membeli mereka.

2. JDT membeli pengadil.

Jawapan TMJ: Dengan semua wang yang saya miliki, adakah anda benar-benar berfikir yang saya akan membeli pengadil? Saya lebih berminat untuk membeli Perdana Menteri dan jadikan diri saya Perdana Menteri daripada membayar pengadil untuk memenangi perlawanan bola sepak. Tetapi apa boleh buat. Saya selalu berfikiran luas manakala mereka pula sentiasa berfikiran sempit.

3. JDT membunuh bola sepak Malaysia.

Jawapan TMJ: Ia benar. JDT membunuh bola sepak tanahair, itu sebabnya kami merupakan pasukan yang pertama di Asia Tenggara membawa nama Malaysia memenangi Piala AFC. Kita membunuh bola sepak dan FAM membantu bolasepak Malaysia mendapatkan sumber kewangan dan hanya berminat dalam Piala Suzuki. JDT akan terus membunuh. Usah bimbang.

4. JDT adalah pasukan yang paling kaya di negara ini itulah sebabnya mereka sentiasa menang.

Jawapan TMJ: Salah. Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor adalah pasukan yang paling kaya di negara ini. Felda adalah yang terkuat kerana ia adalah pasukan Kerajaan Persekutuan. Mereka perlukan undi, maka Felda adalah yang terkuat dan paling kaya.

5. JDT tidak ada apa-apa jika hendak dibandingkan dengan pasukan pantai timur.

Jawapan TMJ: Itulah sebabnya perlukan 3 pasukan bergabung untuk mengalahkan 1 pasukan.

6. JDT mencuri pemain.

Jawapan TMJ: Ia bukanlah mencuri apabila pemain yang mahu datang ke sini.

7. Semua berkenaan JDT adalah mengenai wang.

Jawapan TMJ: Bukan, RM100 juta serta banyak lagi wang telah hilang dalam negara dan tiada siapa yang menyiasat tentang semua wang itu. Anda sepatutnya lebih bimbangkan perkara tersebut berbanding terhadap kewangan JDT. JDT hanyalah sebuah kelab kecil dengan impian yang besar.

8. TMJ suka tunjuk harta.

Jawapan TMJ: Perbezaan mentaliti antara saya dan individu-individu yang berfikiran sempit adalah, saya lebih risau dan kasihan anda kena bayar GST tapi anda lebih risau tentang TMJ menunjuk harta. Tahniah! Anda adalah rakyat yang kerajaan seluruh dunia paling suka. Kerana anda buta.

8 jawapan menarik dari DYAM TMJ apabila pasukan media kami memaklumkan kepadanya mengenai komen-komen negatif mengenai…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, 3 April 2016

The post TMJ Jawab 8 Komen Negatif Di Media Sosial Dengan Jawapan ‘Menarik’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

Live Streaming Terengganu vs Felda United 4.4.2016 Liga Super

$
0
0

Live streaming Terengganu vs Felda United pada 4 April 2016. Siaran langsung perlawanan keenam Liga Super Malaysia antara Terengganu lawan Felda United kini bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bermula pada jam 9.00 malam. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV9 (119) bermula pada seawal jam 8.30 malam. Bagi yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online Terengganu menentang Felda United Liga Super Malaysia 2016.

Live Streaming Terengganu vs Felda United 4.4.2016 Liga Super

Jadual Siaran Terengganu vs Felda United Liga Super 2016

Tarikh: 11 Mac 2016 (Jumaat)
Masa: 9.00 malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Siaran Rasmi: Saluran TV9 bermula pada jam 8.30 malam.

The post Live Streaming Terengganu vs Felda United 4.4.2016 Liga Super appeared first on WOWBERITA.ORG.

Admin ‘Mesra’ Amanah, Pemuda Pas Wujud Akaun Facebook Baharu

$
0
0

Pas hari ini mengesahkan Pemuda Pas telah mewujudkan laman akaun Facebook rasmi baharu menggunakan nama DPP Malaysia [Official].

Memetik muat naik posting daripada akaun Facebook rasmi Pas, langkah itu dibuat memandangkan pihak pengurusan (admin) akaun asal milik Pemuda Pas didakwa lebih menyokong Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurut kenyataan itu, admin telah memuatnaik beberapa posting yang tidak tepat tentang Pemuda Pas sejak akhir-akhir ini.

“Facebook “PEMUDA PAS MALAYSIA” tiada lagi kaitan dengan Pemuda Pas. Facebook tersebut bukan lagi Facebook rasmi Pemuda Pas bila adminnya sudah tidak lagi bersama Pas sebaliknya mesra Amanah.

“Ia adalah fitnah atas nama Pemuda Pas bila adminnya akhir-akhir ini memuatnaik beberapa posting yang tidak tepat tentang Pemuda Pas,” kata petikan itu.

Sehubungan itu, pihaknya meminta pengguna Facebook yang lain untuk melaporkan akaun tersebut bagi mengelakkan kekeliruan pada masa akan datang.

Akaun baharu DPP Malaysia [Official] diwujudkan sejak tahun lalu.

The post Admin ‘Mesra’ Amanah, Pemuda Pas Wujud Akaun Facebook Baharu appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live