Ia merupakan kejadian terbaru yang melibatkan kejadian tembakan di sekolah.
Penembak yang juga seorang pelajar Sekolah Tinggi Reynold, Oregon kemudian menembak dirinya sendiri.
Pihak polis menamakan mangsa sebagai Emilio Hoffman, maut di dalam bilik persalinan pelajar lelaki di bangunan gimnasium sekolah berkenaan.
Namun begitu, identiti penembak berkenaan yang ditemui di sebuah tandas masih belum dikenalpasti.
Ketua Polis Troutdale Scott Anderson memuji tindakan dua pegawai sekolah terbabit kerana memberikan respon yang cepat ketika kejadian.
“Saya percaya tindakan pantas mereka telah menyelamatkan ribuan nyawa” katanya, namun Anderson tidak dapat mengesahkan sama ada pembunuh membunuh diri sendiri atau telah ditembak.
Saksi melaporkan bahawa pelajar-pelajar dan guru-guru bersembunyi di dalam bilik darjah masing-masing semasa kejadian tembak itu berlaku.
Menurut polis, seorang guru turut mengalami kecederaan.