Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supritenden Fadil Marsus berkata, suspek ditahan di Hospital Teluk Intan selepas cuba membunuh diri dengan meminum racun.
Suspek sebelum ini dipercayai melarikan diri selepas membunuh adik iparnya dan sempat memberitahu ahli keluarga isterinya untuk pergi ke hotel bajet selain memberitahu hasratnya untuk membunuh diri.