Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Jangan Hari Ini Bertudung, Esok Terus Jadi Ustazah – Ustaz Kazim Elias

$
0
0

“Alhamdulillah… bagus ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikan kerana ia dapat mempengaruhi peminat mereka untuk melakukan perkara sama tetapi biarlah ia disertai dengan ilmu agama yang cukup,” demikian nasihat Ustaz Kazim Elias terhadap artis-artis yang mula berhijrah mengenakan hijab.

Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Mohammad Kazim Elias, 42, berkata, artis yang mula berhijrah ini perlulah senantiasa menambah ilmu agama mereka bagi memastikan penghijrahan mereka bukan sekadar pertukaran imej semata-mata.

“Jangan hari ini beritahu sudah berubah lalu mengenakan tudung dan terus hendak menjadi seorang ustaz atau ustazah kerana banyak perkara yang perlu didalami mereka terlebih dahulu,” katanya dipetik sebuah portal.

Nasihat Ustaz Kazim lagi, golongan artis ini seharusnya mempelajari ilmu agama daripada guru bertauliah agar perubahan yang dilakukan lebih sempurna.

“Jika asas dalam bidang agama tidak cukup bagaimana hendak berceramah kepada orang lain malah ia boleh menjadi risiko besar.

“Tambahan pula dengan teknologi hari ini apa yang kita perkatakan dalam masa lima minit, ia akan tersebar di laman sosial dan YouTube. Jadi golongan ini harus berhati-hati dan belajar terlebih dahulu,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997