Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Lelaki terselamat kereta terjunam di Selat Tebrau

$
0
0


Seorang lelaki terselamat apabila sempat keluar dan berenang ke tebing selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam laut Selat Tebrau, berdekatan Tambak Johor hari ini.

Mohd Amin Miran, 31, dari Pekan Nenas, Pontian, dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar. Kenderaan yang dipandunya itu dipercayai hilang kawalan selepas bergesel dengan sebuah bas lalu melanggar tembok konkrit sebelum terjunam ke dalam laut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, M Vijayan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 10.25 pagi dan menghantar pasukan seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru termasuk tujuh anggota dari unit skuba.

Dua kren digunakan bagi mengangkat dan mengeluarkan kereta yang tenggelam kira-kira tiga meter ke dasar laut, katanya.

Vijayan berkata, operasi berkenaan memakan masa kira-kira dua jam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997