Berhati-hatilah dalam memilih gerai kerana tidak semua peniaga di Bazar Ramadhan mempunyai sijil mengendalikan makanan.
Perkara asas yang pengunjung bazar Ramdhan perlu tahu ialah hidu dan lihat makanan sebelum membeli. Pastikan makanan yang hendak dibeli itu bersih. Begitu juga dengan gerai makanan yang dipilih, hendaklah berada dalam keadaan yang bersih.