“Kami tahu mengenai hasratnya tapi sehingga ini tiada apa-apa lagi daripada pihak Felixia sama ada permohonan mahupun panggilan.
“Kalau betul dia sudah mengucap syahadah, ia perlu didaftarkan di jabatan agama bagi tujuan dokumentasi dan rujukan sebarang urusan pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu Felixia berkata, dia enggan memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara itu kerana tidak mahu mendapat liputan.
Model pakaian Muslimah juga turut mengesahkan melalui Facebook, keputusan memeluk Islam mendapat restu daripada ibunya.