Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Awas! Lelaki Menyamar Pegawai KPM Cari Budak Sekolah

$
0
0

Seorang lelaki dikehendaki pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan orang.

Modus operandinya ialah dengan datang ke sekolah tertentu dan mengaku dirinya pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ditugaskan untuk menguruskan pengambilan pelajar ke sekolah sukan.

Berikut merupakan info penuh mengenai gambar tersebut:

Susulan itu, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh pihak KPM yang menafikan pihak mereka ada menghantar wakil untuk menguruskan perihal pengambilan pelajar ke sekolah sukan di negara ini.
Ia sekaligus mengesahkan kebenaran info yang tersebar itu.

Justeru, diharap ibu-bapa dan pelajar yang didatangi individu seperti ini akan lebih berhati-hati dan membuat pengesahan rasmi dengan pihak atasan sebelum memberikan sebarang persetujuan.

Dibimbangi perkara seumpama ini turut menjurus kepada jenayah culik yang semakin membimbangkan pada masa kini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997