Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Denda RM150 Jika Sedekah Pengemis

$
0
0

Orang ramai di sekitar bandar raya Kuala Lumpur yang dikesan memberi sedekah kepada golongan pengemis akan didenda sebanyak RM150 tidak lama lagi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar kecil) berkata, ia bertujuan membendung kegiatan meminta sedekah membabitkan kanak-kanak dan orang pelarian yang menjejaskan imej negara.

Beliau berkata, wang denda itu akan dikumpulkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk disalurkan kepada golongan miskin manakala pengemis yang ditahan pula akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan lain untuk tindakan lanjut.

“Undang-undang kecil dan prosedur operasi standard mengenai perkara itu akan diperkenalkan dalam tempoh seminggu dua lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelantikan ahli jawatankuasa badan penasihat rumah ibadat bukan Islam di sini semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997