Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa yang juga seorang penoreh getah dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) selepas cedera parah, namun meninggal dunia di hospital terbabit pada jam 7.15 malam.
Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa bersama anak angkatnya itu berada di rumah, manakala isterinya Che Eshah Hamid, 58, keluar ke rumah anak mereka tidak jauh dari situ sejak jam 7.30 pagi.
Menurut Rosnah, ketika kejadian dia berada di rumah sebelum dikejutkan dengan suara lelaki menjerit di seberang jalan menyebabkan dia bergegas melihat tempat kejadian.
“Walaupun gementar saya cuba melihat apa yang berlaku dan terkejut dengan apa yang dilihat. Jiran saya berlumuran darah, namun pada masa sama anak angkatnya juga berada di sampingnya.