Seorang mahasiswa UITM kampus Puncak Alam, Mohd Ilyas Saifullah Bin Md Azhari, 18, maut selepas terjatuh dari tingkat 4 bangunan asrama.
Insiden dipercayai berlaku pada jam 8.20 malam 15 Ogos 2014 apabila mangsa yang dilaporkan tertinggal kunci rumah cuba memanjat ikut tingkap sebelum tergelincir dari tingkat 4 bangunan terbabit.
Mangsa yang merupakan seorang pelajar Asasi Sains UITM Puncak Alam meninggal dunia serta merta akibat pendarahan yang teruk dibahagian kepala.
Berita mengenai insiden tersebut turut disahkan menerusi laman sosial Twitter Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UITM Shah Alam.