Seorang gadis bukan Islam berketurunan Cina memberi hujah-hujahnya mengapa beliau berpuasa di bulan Ramadhan!
J Sze adalah ikon baru dalam dunia dakwah. Apa yang unik ialah beliau bukan Islam tetapi merupakan salah seorang anggota team Najasyi / Abu Talib yang giat belajar tentang logik Islam dan juga bahasa Arab. Beliau mengambil ijazah dalam child psychology.
J Sze telah mengejutkan ramai pihak di pentas Konvensyen Fiqh Ummah baru-baru ini di Johor bila beliau menjelaskan hujah demi hujah mengapa aqidah Islam lebih rasional dari agama-agama lain. Ini adalah video pertama J Sze dalam usahanya untuk menghilangkan prejudis masyarakat bukan Islam terhadap Islam. Beliau amat menentang Islamofobia.