Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Kerajaan Kaji Pemberian Bonus Raya Kepada Penjawat Awam

$
0
0

Kerajaan sedang mengkaji permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang meminta bonus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Nanti kita akan kaji. Masih ada masa lagi,” katanya kepada pemberita dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat khas pejabatnya di Putrajaya, Rabu.

Pada Selas, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berharap kerajaan akan memberikan bonus setengah bulan gaji sempena Aidilfitri kepada 1.4 juta penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.

Omar dilaporkan berkata pemberian bonus itu dapat mengurangkan beban mereka dalam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari biasa.

Kenyataan Cuepacs itu menyusul sehari selepas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus, dan pengumuman Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dua kali untuk tahun ini sudah boleh dianggap sebagai bonus.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997