Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Terasa ‘Dia’ Ada

$
0
0

“Sayang tak akan selamanya sentiasa ada bersama abang suatu hari nanti. Sayang akan temui Allah dan takkan kembali, ” itu SMS terakhir diterima Mohamed Affendi Khairuddin, 43, suami kepada pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Mastura Mustapha, 40, yang terkorban dalam tragedi pesawat penerbangan MH17.

Mesej pilu dihantar Mastura pada malam 17 Julai sebelum pesawat MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Belanda itu membuatkan hati Affendi tidak tenteram.

Affendi yang juga seorang guru agama berkata, isterinya itu bagaikan dapat meramal tragedi ngeri yang bakal menimpa 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.

Menurutnya, dia menerima SMS ‘pelik’ itu daripada isterinya pada malam nahas pesawat MH17 berlaku selepas isterinya berulang kali meluahkan rasa gusar terhadap keselamatannya sebelum ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997