Liverpool menghukum kelemahan pertahanan Chelsea untuk mencatat kemenangan 4-1 pagi tadi sekali gus sebagai membalas dendam ketika tumpas pada final Piala FA Sabtu lalu dan mengetepikan skuad Blues daripada tangga keempat Liga Perdana Inggeris.
Tiga hari selepas Chelsea menundukkan Liverpool 2-1 pada aksi di Wembley, the Reds menguasai perlawanan sejak wisel permulaan pada perlawanan terakhir di gelanggang sendiri musim ini dan berada di depan 3-0 dalam tempoh hanya 30 minit.
Ketika Steward Downing tersasar sepakan penalti sebelum babak pertama berakhir dan Ramires merapatkan jurang dengan gol buat Chelsea pada awal babak kedua, Jonjo Shelvey memanfaatkan kesilapan penjaga gawang, Ross Turnbull dengan jaringan sulung peribadi buat Liverpool.
Saksikan video highlights Liverpool vs Chelsea di bawah.