Roger Federer terpaksa mengerah keringat melengkapkan permainan tiga set sebelum muncul juara menewaskan Tomas Berdych 3-6, 7-5, 7-5 pada final tenis Madrid Masters, sekali gus merampas ranking pemain kedua dunia daripada Rafael Nadal.
Pemain Swiszerland itu melengkapkan kejuaraan ke-16 Grand Slam miliknya, akan dinobatkan pemain kedua dunia selepas Novak Djokovic Isnin ini dalam kedudukan ranking terbaru ATP.
“Saya rasa amat teruja,” kata Federer menyifatkan kejohanan itu cukup lasak selepas mencetuskan kontroversi ramai pemain yang merungut kerana gelanggang tanah liat berkenaan berwarna biru.