Tahniah Admin ucapkan kepada pemohon yang dipanggil untuk menduduki peperiksaan Penguasa Kastam W41 pada 6 September 2014. Tidak seperti sebelum ini, peperiksaan Penguasa Kastam kali ini akan dijalankan secara online menerusi pautan http://examonline49.spa.gov.my.
Admin pasti ramai calon yang sedang mencari panduan atau rujukan terbaik peperiksaan Pegawai Penguasa Kastam gred W41 kali ini. Panduan/Rujukan ini bukanlah soalan ramalan atau soalan bocor, tetapi hanyalah contoh soalan yang telah diadaptasi daripada peperiksaan-peperiksaan terdahulu, dan diyakini punyai format yang sama.
Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41
Secara asasnya, peperiksaan ini mengandungi tiga seksyen utama iaitu:
1. Seksyen A – Pengetahuan Am
2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
3. Seksyen C – Psikometrik
Contoh Soalan Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen ini menguji tahap kesedaran calon terhadap isu semasa yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia. Calon dinasihatkan agar banyak membaca untuk skor seksyen ini. Masa yang diperuntukkan untuk seksyen ini cuma 40 minit untuk 50 soalan.
Contoh Soalan Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Fokus utama seksyen ini bagi menguji tahap daya menyelesaikan masalah dalam kalangan calon Penguasa Kastam W41. Masa yang diperuntukan bagi seksyen ini cuma 45 minit untuk 40 soalan. Terdapat beberapa item yang bakal diuji termasuklah:
1. Kemahiran menggunakan logik
2. Kemahiran menginterpretasi data
3. Konsep matematik
Contoh soalan seksyen B yang melibatkan logik adalah seperti di bawah ini:
Contoh soalan yang melibatkan interpretasi data adalah seperti di bawah ini:
Contoh bagi seksyen B yang melibatkan penyelesaian matematik pula adalah seperti contoh di bawah:
Contoh Soalan Seksyen C
Seksyen C yang telah dikemaskini merupakan seksyen terbaru dalam peperiksaan online Penguasa Kastam gred W41. Dalam seksyen ini, calon-calon akan diuji dengan kemahiran psikologi yang melibatkan pembuat keputusan atas situasi berkaitan.
Sebagai contoh:
1. Dalam sebuah acara dan aktiviti, anda biasanya berbual dengan:
a. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
b. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja
2. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh:
a. Undang-undang berbanding kondisi
b. Kondisi berbanding undang-undang
Begitulah serba sedikit panduan serta contoh soalan peperiksaan online Penguasa Kastam gred W41. Semoga anda beroleh kejayaan dalam peperiksaan itu nanti. Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan mesej anda di ruangan komen.