Pihak UPSI mempelawa calon lepasan SPM untuk mengikuti program diploma bagi ambilan November 2014. Menerusi makluman rasmi unit kemasukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), permohonan secara online akan dibuka mulai 8-26 September 2014. Berikut adalah maklumat penting dan cara permohonan.
Borang Permohonan UPSI Ambilan November Sesi 2014/ 2015
Borang permohonan boleh dilayari menerusi laman sesawang http://www.upsi.edu.my/online
Tarikh Pembelian Nombor Unik ID UPSI Ambilan November sesi 2014/ 2015
Pembelian No pin atau unik ID boleh dibeli menerusi bank BSN yang berdekatan mulai 8 September 2014.
Syarat Minimum Kemasukan Program Diploma UPSI
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/Setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya Lima (5) kepujian 6C/Gred C termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia: dan
- Lulus/Gred E mata pelajaran Sejarah.
Syarat Khusus Kemasukan Program Diploma UPSI (Aliran Sains dan Sastera)
1. Diploma Bahasa Inggeris (6 Semester)
- Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya 4B/Gred B dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM.
- Bahasa Inggeris dan Lulus Ujian Khas
2. Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya Lulus/Gred E dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM.
Bahasa Inggeris dan Lulus Ujian Khas
3. Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya kepujian 6C /Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM.
- Mathematk; dan
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi/Produksi Multimedia/Grafik Berkomputer/Sains/Kimia/Fizik; atau
- Salah satu (1) subjek kejuruteraan:
- Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
- Pengajian Kejuruteraan Awam
- Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Teknologi Kejuruteraan
dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Inggeris
4. Diploma Sains Komputer
Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya kepujian 6C /Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM.
- Mathematics; dan
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi/Produksi Multimedia/Grafik Berkomputer/Sains/Kimia/Fizik; atau
- Salah satu (1) subjek kejuruteraan:
- Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
- Pengajian Kejuruteraan Awam
- Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Teknologi Kejuruteraan
dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut: - Bahasa Inggeris
Senarai Program Yang Ditawarkan