Berikutan masalah teknikal yang dihadapi oleh calon peperiksaan online Penguasa Kastam W41 pada 6 September lepas, pihak SPA membuat keputusan untuk mengadakan semula peperiksaan berkenaan pada Rabu, 10 September 2014.
Antara masalah yang timbul pada hari exam online tersebut:
- Gagal untuk login.
- Gagal ‘save’ soalan walaupun sudah habis menjawab.
- Peperiksaan bermula lewat.
- Masih warna merah walaupun soalan telah dijawab (sepatutnya ia akan bertukar warna hijau).
- Serta pelbagai lagi masalah.
Sehubungan itu, katanya, mereka yang ingin mengemukakan aduan atau berdepan sebarang masalah boleh menghubungi SPA di http://aduan.spa.gov.my/AduanExam.