Seorang pelanggan mendakwa telah membeli telur ayam dipercayai palsu dari pasaraya NSK pada 15 September 2014.
Telur yang agak berlainan daripada telur-telur biasa itu mempunyai warna yang agak suram dan tekstur kuning telur yang kental seperti bola ping pong.
Rakaman video mengenai telur palsu yang dibeli dari pasaraya NSK kini tersebar secara meluas menerusi laman sosial.
Terdahulu, Malaysia juga pernah digemparkan dengan kes penyeludupan telur palsu di Pulau Pinang pada bulan April tahun 2011 yang lalu. Pada kes tersebut, telur palsu yang dijual di pasaran terbuka itu dipercayai diimport dari negara China.
Rakaman Video Telur Ayam Palsu Di Pasaraya NSK Tersebar