Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob mengumumkan cuti peristiwa pada 25 Sept ini sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor. Beliau berkata langkah itu diambil bagi memudahkan penduduk kawasan itu menunaikan tanggungjawab kerana hari mengundi pada hari Khamis merupakan hari bekerja di negeri itu.
Kelantan Cuti Umum 25 September 2014 PRK Pengkalan Kubor
Khamis (25 September 2014): Sempena cuti peristiwa hari mengundi PRK Pengkalan Kubor
Senarai Calon Bertanding Kerusi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
- Mat Razi Mat Ail (Barisan Nasional)
- Wan Roshi Wan Ibrahim (PAS)
- Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas)