Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara.
Tanggal 16 September setiap tahun, Malaysia menyambut Hari Malaysia bagi memperingati persetujuan rakyat Sabah dan Sarawak untuk bergabung dengan Tanah Melayu dan menjadi sebuah negara yang harmoni iaitu Malaysia.
Bermula tahun 2010, tarikh 16 September teah diisytihar sebagai cuti umum oleh Perdana Menteri Najib Razak pada persidangan Dewan Rakyat.
Oleh itu, selamat bercuti dan selamat Hari Malaysia khususnya kepada Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Semoga keharmanion dapat dikekalkan di Malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum, adat, budaya, dan agama.