Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Berita Palsu Petrol RON95 & Diesel Naik Harga Kerana GST

$
0
0

Menurut artikel dari laman web rasmi Parti Keadilan Rakyat iaitu Keadilan Daily, minyak petrol RON95 dan diesel akan mengalami kenaikan harga sebanyak 6% berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.

Dalam laporan akhbar berkenaan, berita mengenai petrol dan diesel akan dikenakan GST kononnya telah disahkan oleh Ishak Daud selaku Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais.

Namun Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan dalam satu kenyataan menerusi laman Twitter rasminya pada 17 September 2014 menafikan dan menyangkal dakwaan tersebut.

Tambahnya, pihak kerajaan pada masa ini masih belum memutuskan untuk mengenakan GST terhadap petrol dan diesel.

Kenyataan Rasmi Ahmad Maslam Timbalan Menteri Kewangan Malaysia


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997