Gelombang akta hasutan bergerak dengan lebih pantas dan agresif sejak beberapa minggu yang lalu. Terkini Syafiq Abdul Wahid (24), admin laman Facebook parodi Persatuan Kongsi Gelap Melayu pula ditahan jam 3 pagi tadi.
Syafiq yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Laman parodi ini menjadi popular kerana memaparkan kisah jenaka fiksyen seorang ahli kongsi gelap Melayu.
Dalam beberapa status yang kami baca, beliau mengaku memiliki seekor jin berusia 5000 tahun yang memberikan beliau kekuatan luar biasa.
Dengan penahanan Syafiq adalah ini bermakna parodi dalam segala bentuk kini adalah dianggap jenayah?