Sekeping gambar telah tersebar secara viral di laman sosial ketika ini menunjukkan seorang pemimpin dikatakan sedang melakukan latihan sempena Istiadat angkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Selangor yang baru di Istana Alam Shah, Klang.
Facebook Page TV14 yang pertama kali memuatnaik gambar itu tidak pula menamakan pemimpin tersebut sebaliknya menimbulkan persoalan yang semua orang ingin tahu jawapannya.
Oleh kerana gambar tersebut tidak jelas, ramai yang meneka bahawa pemimpin itu adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.
Walaubagaimanapun, melalui siaran akhbar, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Mohamad Munir Bani sebelum ini berkata, nama tersebut bakal diumumkan selewat-lewatnya esok.