Menerusi kenyataan rasmi Malaysian British Tobacco, jenama rokok seperti Dunhill, Kent, Benson & Hedges, Lucky Strikes, Pall Mall, Rothmans dan Peter Stuyvesant yang dinaikkan sebanyak RM1.00 pada 8 September lalu terpaksa diturunkan semula kepada harga asal bermula hari ini.
Pekeliling mengenai penurunan kepada harga asal jenama rokok tersebut sudah diedarkan kepada peniaga yang berlesen.
Menurut Malaysian British Tobacco, punca penurunan kepada harga asal supaya jenama rokok berkenaan masih boleh kekal bersaing dalam pasaran bersama jenama rokok yang lain.
Kenyataan Rasmi Harga Rokok Turun Semula Mulai 22 September 2014