Akibat gagal memotong sebuah kenderaan, seorang penunggang motosikal putus kaki kanan manakala rakannya parah selepas terbabit kemalangan di Batu 6, Jalan Pantai-Jelebu, di Seremban, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, mangsa yang dikenali Muhd Khairul, 22, dan rakannya, Akhmar Hanum, 20, menunggang motosikal jenis Yamaha LC dan dalam perjalanan dari Pantai ke Seremban.
Sejurus tiba di lokasi, pemandu, Muhd Khairun cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan namun gagal sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
Ketika itu, sebuah lori yang datang dari arah Pantai ke Jelebu merembuh motosikal ditunggangi mangsa menyebabkan mereka tercampak sejauh tujuh meter
Akibat rempuhan itu, Muhd Khairul putus kaki kanan manakala rakannya parah di bahagian badan serta pungggung.
Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.