Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa kampung di Penampang dinaiki air antara 30 sentimeter hingga 1.5 meter berikutan limpahan air Sungai Moyog, pagi ini.
Antara yang terjejas ialah Kampung Dabak, Tanaki, Babah, Sugut dan Kibabaig dengan ada kawasan terputus hubungan kerana jalan raya ditenggelami air dan tidak dapat dilalui kenderaan.
Turut terjejas ialah murid dan pelajar dari kawasan terbabit yang tidak dapat keluar untuk ke sekolah, manakala pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Michael diarah pulang apabila kawasan sekolah turut dinaiki air.
Hujan berterusan sejak empat hari lalu turut menjejaskan beberapa kawasan rendah di sekitar ibu negeri termasuk di Telipok dan Menggatal.
Gambar Banjir Kilat Di Penampang 7 Oktober 2014