Empat samseng bertopeng yang menggunakan senjata tajam bertindak menetak hingga mati seorang buruh menyebabkan sebahagian otak mangsa bersepai manakala kedua-dua tangannya hampir putus dalam serangan ala mafia berhampiran sebuah tokong kelmarin.
Kejadian pukul 11.50 malam di Kampung Besar, Berapit itu berlaku ketika Tan Chung Kok, 30-an, dari Taman Serumpun sedang menonton televisyen bersama dua lagi rakannya di tokong tersebut.
Difahamkan, sebaik masuk, suspek mengarahkan dua rakan mangsa supaya meninggalkan tempat itu sebelum menyerang Chung Kok.