Masih ingatkah anda kes pasangan kekasih yang dipercayai menyamun dan mencabul seorang ejen hartanah wanita di sebuah unit kondominium mewah di Mont Kiara 10 Mei lalu?
Kedua-dua mereka akhirnya berjaya dicekup polis, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kedua-dua suspek yang berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam hasil maklumat orang awam.
Beliau melalui laman sosial facebook miliknya berkata, suspek direman hingga 6 Jun ini untuk membantu siasatan lanjut.