Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Cebu Pacific Air jadikan Kuching destinasi terbaru

$
0
0

Syarikat penerbangan tambang rendah Filipina, Cebu Pacific Air ingin menambah laluan antarabangsanya di Malaysia dengan menjadikan Kuching sebagai destinasi terbaru selepas Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Datuk Rashid Khan berkata, STB mengalu-alukan hasrat syarikat penerbangan itu dan akan memudahkan serta membantunya dalam menawarkan perkidmatan di ibu negeri Sarawak ini.

“Kami mengalu-alukan hasrat anda itu dan berharap dapat bekerjasama ke arah mewujudkan keadaan menang-menang, khususnya dalam mempromosikan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rashid Khan berkata satu delegasi Cebu Pacific Air, yang diketuai Pengurus Jualan Antarabangsa dan Sistem Pengedarannya Leopoldo B. Coronel, bersama para pegawai Jabatan Pelancongan Filipina mengunjungi beliau semalam dan menyatakan hasrat mereka untuk mengembangkan operasi syarikat itu ke Kuching.

Laman web Cebu Pacific Air menyebut bahawa syarikat itu melancarkan operasi antarabangsanya pada November 2001 dan kini mengadakan perkhidmatan ke Bangkok, Busan (Korea Selatan), Guangzhou (China), Ho Chi Minh, Hong Kong, Jakarta, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Macau, Osaka (Jepun), Seoul, Shanghai (China), Singapura dan Taipei.

Syarikat berkenaan memiliki 27 pesawat Airbus (10 A319 dan 17 A320) serta lapan ATR 72-500, jelas laman web itu.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997