Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea menang tipis 5-4 ke atas Manchester United (MU) dalam saingan Piala Capital One yang berlangsung di Stamford Bridge, pagi tadi (waktu Malaysia).
Dengan kemenangan itu kelab tersebut yang tewas kepada MU Ahad lalu dalam saingan EPL mara ke pusingan lapan terakhir.
MU mendahului saingan apabila Ryan Giggs menjaringkan gol pertama pada minit ke-22.
Chelsea dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-31 dan David Luiz berjaya menyempurnakan sepakan penalti itu sekali gus menyamakan kedudukan.
Selang 12 minit selepas itu, MU pula menjarakkan kedudukan dan gol kedua MU dihasilkan oleh Javier Hernandez.
Seawal minit ke-52 selepas separuh masa kedua bermula, Chelsea bangkit garang setelah Gary Cahill menjaringkan gol kedua Chelsea. Namun, kegembiraan itu dihentikan seketika oleh Nani yang menambah gol ketiga MU minit ke-59.
Perlawanan sangat menarik dan sengit di mana kedua-dua pasukan saling membalas serangan dan babak terakhir dikuasai oleh Chelsea. Eden Hazard menambah gol keempat hasil sepakan penalti kedua pasukan itu minit ke-90.
Chelsea menggunakan sepenuhnya masa tambahan dengan menyumbat dua gol pada minit ke-97 dan 116 menerusi Daniel Sturridge dan Ramires.
Sebelum visel tamat dibunyikan, MU pula menerima penalti, nyata peluang itu tidak disia-siakan oleh Giggs untuk menambah gol keempat, pada minit ke-120.
Saksikan Video Gol Chelsea tewaskan Man Utd Di Sini