Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(6 Gambar) Pilot Jet Pejuang Wanita Cun Di LIMA Langkawi

$
0
0

Seakan tidak percaya melihat wajah empat juruterbang akrobatik wanita dari negara China yang kini hangat diperkatakan pengguna media sosial gara-gara gaya mereka persis seorang model.

Apa yang lebih mengujakan, wanita jelita dan hebat ini bakal menghangatkan lagi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi Ke-13 (LIMA) dengan mengendalikan jet pejuang, J-10 buatan China, minggu depan.

Pastinya, kemunculan mereka bakal menjadi daya menarik dan menimbulkan keunikan buat #LIMA15 yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 21 Mac 2015.

Menurut seorang jurucakap Tentera Udara China, Shen Jinke, juruterbang akrobatik itu dikenali sebagai Yu Xu, Tao Jiali, Sheng YiFei dan He Xioli.

Katanya, empat juruterbang akrobatik itu sudah pun berlepas ke Malaysia dengan menggunakan jet J-10, semalam.

Acara LIMA yang bakal berlangsung selama lima hari ini akan menyaksikan persembahan jet pejuang antaranya dari negara Malaysia, Amerika Syarikat, Perancis dan China.

Bagi yang berminat, jangan melepaskan peluang keemasan bagi menyaksikan persembahan #LIMA15 yang hanya tinggal beberapa hari lagi yang bertempat di Langkawi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997