Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Adira & Shahrul Sah Bertunang, Bakal Bernikah September Depan

$
0
0

Penyanyi Adira akhirnya mengumumkan tarikh pernikahannya bersama pasangan hati yang dicintai iaitu Shahrul Nasrun pada September depan.

Pasangan sama cantik sama padan ini sebenarnya telah melangsungkan majlis pertunangan pada 22 Disember tahun lalu yang diadakan di rumah Adira di Kundasang Sabah.

“Majlis pertunangan saya diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh kedua- dua belah ahli keluarga, Alhamdulilah majlis tersebut berjalan dengan lancar.

“Pertunangan ini diibaratkan sebagai tanda perhubungan kami, pernikahan kelak adalah pengukuh hubungan kami sebagai suami isteri,” ujar Adira dalam temubual eksklusif bersama H Live.

Dalam pada itu, Shahrul turut memberitahu segala persiapan pernikahan masih dalam perbincangan dan majlis resepsi akan diadakan di Kota Bahru, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

“Insha Allah segala persiapan bergerak lancar dan saya akan jemput semua kenalan dan rakan termasuk media ke majlis pernikahan saya dan adira,” kata Shahrul.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997