Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Menarik! Roti Canai Hijau Kuning Di Langkawi (3 Gambar)

$
0
0

Selain nasi lemak, roti canai merupakan antara juadah sarapan pagi paling popular di kalangan rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah, juadah ini menjadi menu hidangan utama di banyak kedai makan negara ini dan mendapat permintaan tanpa mengira waktu.

Dalam pada itu, kecoh pulak di laman sosial tentang penjualan roti canai yang kini boleh didapati dalam warna hijau dan kuning. Haaa.. rare kan?

Iyelah, tak pernah dibuat orang dan nampak unik apabila sedikit inovasi diberi pada juadah popular ini.

Menurut pengguna sosial, roti canai hijau dan kuning itu dijual di sebuah gerai di Langkawi, Kedah.

Meskipun nampak cantik dan menarik, ramai netizen menyuarakan bahaya bahan kimia dalam pewarna yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit.

Bagi anda bagaimana? Selera atau tidak?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997