Gempa bumi kuat 7.7 magnitud berlaku di luar pesisir Papua New Guinea dan amaran tsunami dikeluarkan sejurus itu.
Menurut Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa ialah pada kedalaman 33 kilometer berhampiran bandar Rabaul di timur laut Papua New Guinea.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menyatakan “ombak tsunami yang merbahaya mungkin melanda pantai yang terletak dalam lingkungan 1,000 kilometer dari pusat gempa di sepanjang pantai Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon.”
Bagaimanapun, menurutnya, tiada tsunami besar di seluruh Pasifik dijangkakan.