Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(8 Gambar) Monorel Terbakar Di Stesen Titiwangsa

$
0
0

Perkhidmatan di Stesen Titiwangsa tergendala selepas monorel terbakar dipercayai akibat geseran tayar dengan landasan, 8.30 pagi tadi.

Kebakaran di stesen terbabit juga menyebabkan kesesakakan lalu lintas lebih kurang dua kilometer dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ke Jalan Tun Razak sementara stesen terbabit ditutup buat sementara waktu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan, 8.52 pagi dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

Menurutnya, ketika tiba kebakaran sedang berlaku di bahagian tayar namun penumpang tiada di dalam train kerana sudah dipindahkan.

“Api berjaya dikawal dalam masa setengah jam,” katanya.

Sementara itu pihak pengurusan Rapid Kl akan mengeluarkan kenyataan media nanti.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997