Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Cadangan Tingkatkan Had Umur Keluar KWSP Tidak Munasabah!

$
0
0

Kerajaan perlu berhati-hati berhubung cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai had umur pengeluaran simpanan pada usia 60 tahun kerana ia boleh dijadikan modal politik oleh pembangkang.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, perlaksanaan cadangan itu bakal menimbulkan impak buruk sekiranya majoriti rakyat menyatakan bantahan tetapi ia tetap diteruskan.

“KWSP harus meminta dan mendapatkan maklumbalas daripada pencarum terlebih dahulu sebelum merealisasikan cadangan tersebut.

“Apa yang penting, KWSP mesti memikirkan kesannya kepada pencarum kerana hak pencarum harus diberikan keutamaan,” katanya.

Sabtu lalu, KWSP bercadang untuk meminda had umur pengeluaran simpanan persaraan kepada 60 tahun berbanding 55 tahun dengan alasan hampir 70% ahlinya menghabiskan wang tersebut dalam tempoh lima tahun.

Dalam reaksi balasnya, Presiden Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, cadangan itu dianggap terburu-buru kerana bukan semua pencarum mengeluarkan simpanan persaraan untuk tujuan tidak berfaedah.

Cadangan itu juga menjadi viral di media sosial dengan sesetengah netizen membuat pelbagai tuduhan.

Menurut Presiden MTUC, Kahlid Atan, maklumat yang diterima pihaknya mendapati kebanyakan golongan pekerja menuntut pihak KWSP membenarkan pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka pada umur 55 tahun.

“Kalau boleh biarkan mereka keluarkan duit itu pada umur 55 tahun, mungkin mereka ada rancangan sendiri untuk menggunakan wang simpanan tersebut.

Walau apa pun diperkatakan oleh golongan-golongan atasan ini, orang ramai tetap membantah cadangan KWSP dan mendakwa KWSP telah mencabul hak mereka sebagai pencarum serta membuat cadangan itu tanpa meminta pandangan pencarum terlebih dahulu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997