Rakyat di negara ini digalakkan menghidupkan kembali budaya bertani bagi memenuhi keperluan sendiri.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementeriannya akan terus menggalakkan masyarakat di negara ini untuk bertani bagi mengurangkan perbelanjaan harian selain dari memenuhi keperluan harian.
Menurutnya, di bawah program Jom Bertani dan Pertanian Bandar, kerajaan akan menyalurkan bantuan peralatan dan input pertanian kepada rakyat, antaranya insentif sektor tanaman bernilai RM500, sektor ternakan RM1,000 dan RM5,000 bagi sektor perikanan.
“Aktiviti itu bukan sahaja dapat mengurangkan perbelanjaan seharian, mala dapat menambah sumber pendapatan rakyat sekirannya terdapat lebihan hasil yang boleh dijual,” katanya.