Tindakan segelintir pihak memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor satu tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Justeru, Menteri Dalam Negeri berkata, polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
“Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Kelantan hari ini.