Enjin carian YAHOO! dalam satu artikel bertajuk ‘Best and worst team uniforms’ yang menyenaraikan pakaian kontinjen yang mengambil bahagian di pembukaan rasmi temasya sukan olimpik di London telah meletakkan pakaian Kontinjen Malaysia adalah antara pakaian yang terburuk.
Terus terang aku cakap, bukan jalur tue punca utama sebenarnya. Tetapi warna tue. Semacam tak masuk langsung. Oren, kuning dan hitam. Mainan warna tue sebenarnya tak berapa kena. Tak pasti nak cakap macam mana tapi yang pasti memang nampak buruk.
Selain dari Malaysia banyak lagi negara yang disenaraikan menampilkan pakaian atau seragam yang kelihatan buruk antaranya Britain, Republic Czech, Canada, Germany, Ukraine, New Zealand dan juga Mexico.