Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Gempar! Dipecat 24 Jam, Bekas Pekerja Mahu Dedah Penyelewengan JAKIM

$
0
0

“Bayar tunggakan gaji saya!,” demikian keluhan seorang bekas penyampai radio Salam FM yang telah dipecat melalui aplikasi pesanan ringkas, WhatsApp.

Mohamed Noor Mohamed Yusof atau DJ Noor pada Februari lalu mendakwa dia telah dipecat dari stesen radio itu melalui WhatsApp kerana bertanyakan mengenai tunggakan gaji yang tidak dibayar.

setelah kes pemecatan itu menjadi viral di laman media sosial, pihak Media JAKIM memberikan alasan bahawa pemecatan itu dilakukan kerana mendapat arahan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, namun beliau menafikan dakwaan itu.

Terbaru, DJ Noor mendedahkan sehingga kini pihak Media JAKIM masih belum membayar tunggakan gajinya, malah mendiamkan diri menyebabkan DJ Noor tertekan dengan perkara yang menimpanya.

“Gaji saya dipotong 60% oleh pihak Media JAKIm sejak awal 2014 tanpa sebarang alasan yang kukuh, sedangkan empat tahun sebelum ini saya dibayar gaji penuh oleh pengarah sebelumnya kerana kesanggupan saya bertugas pada jam 11 malam hingga 3.30 pagi atau 3.30 pagi ke jam 8 pagi dimana pada waktu itu semua orang sedang nyenyak tidur.

“Saya terima semuanya (tugasan) dengan redha sebab saya sangat sayangkan kerjaya saya. Tetapi pada 30 Januari 2015, saya terima mesej di WhatsApp yang saya dipecat berkuatkuasa serta merta.

“Sehingga kini, pihak Media JAKIM masih belum membayar tunggakan gaji saya. Malah mereka mendiamkan diri.

“Jangan sampai segala rahsia penyelewengan dalam Media JAKIM saya bukakan kepada seluruh rakyat Malaysia. Di ketika itu barulah ‘orang-orang atasan’ yang mengkhianati saya akan ‘goyang’ dengan pendedahan yang dilakukan.

“Sememangnya banyak rahsia dan penyelewengan dalam radio dan tv Media JAKIM yang saya tahu,” katanya yang juga pernah menjadi pengacara rancangan Adik-Adikku.

“Jadi saya mohon pihak Media JAKIM bayar tunggakan gaji saya atau saya akan ambil tindakan undang-undang,” tegasnya. THEHYPEMEDIA


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997